Sesi 2026 Telah Dibuka

Qurban anda dibuktikan.

atau wang anda dikembalikan.

Qurban bukan sekadar bayaran,
ia amanah yang perlu DIBUKTIKAN..

Di Baqara, kami percaya ibadah qurban bukan sekadar transaksi pembayaran - ia adalah amanah yang wajib dilaksanakan dengan telus, sah, dan boleh dibuktikan.

Kami membina sistem yang memastikan setiap tempahan di rekod, setiap haiwan ditandakan, setiap pelaksanaan dipantau, dan setiap pelanggan menerima laporan lengkap melalui portal pelanggan.

Bukan sekadar “insya-Allah dilaksanakan” - tetapi bukti sebenar yang boleh anda lihat sendiri. Kerana bagi kami;

keyakinan pelanggan bukan dibina melalui janji,
Ia dibina melalui pelaksanaan.

bq_ico_report
Laporan Bergambar & Video
bq_ico_moneyback
Jaminan Wang Dikembalikan
bq_ico_agihan
Agihan Tersusun
bq_ico_syariah
Patuh Syariah

Bila tempat Qurban penuh

ibadah tidak patut dikompromi

Qurban secara konvesional melalui masjid, surau dan komuniti setempat sentiasa menjadi pilihan yang terbaik — lebih afdhal, lebih jelas, dan lebih diyakini. Namun realitinya, kapasiti pelaksanaan sering sangat terhad. Ada juga yang kali ini tidak berkesempatan mengumpul minima RM800 untuk satu bahagian.

Sebuah masjid mungkin mempunyai puluhan ribu ahli kariah yang ingin melaksanakan qurban, tetapi hanya mampu menyediakan tempat untuk beberapa puluh ekor lembu sahaja. Apabila kuota penuh, ramai yang masih berniat untuk berqurban terpaksa mencari pilihan lain — sering kali tanpa kepastian yang jelas.

kami tawarkan
HARGA PERTENGAHAN,

RM649 / bahagian

Di sinilah Baqara hadir. Untuk menyediakan alternatif yang lebih tersusun, berbanding platform luar negara yang murah tetapi kurang akauntabiliti dan menimbulkan keraguan, apabila pilihan biasa tidak lagi tersedia.

Satu pakej ringkas.
Tiada gimik hadiah percuma.
Tiada kos tersembunyi.
Hanya fokus kepada amanah ibadah yang perlu dilaksanakan dengan baik!

Mengapa ramai pilih Baqara berbanding alternatif lain?

Perbandinganbaqara_logoicon2BaqaraQurban Konvensional
(Masjid / Surau / Kampung)
Qurban Luar Negara
Harga/bahagian*RM649Min. RM850RM290 - RM1,600
Tarikh Tutup Tempahan3 Hari Sebelum Aidiladha~Penuh 2-3 bulan sebelum AidiladhaMax. Aidladha ke-2
Lokasi PelaksanaanSekitar Pantai TimurKawasan AndaPilihan Luar Negara
Pilih Udhiyyah**
Stok DisediakanTerkawal & TerancangTerhad < 30 ekorBesar > 5,000 ekor***
Laporan LengkapPortal PelangganMinimum
Jaminan Video / Gambar
Jaminan Polisi Pulangan Wang
Hadiah / Promosi / SijilSangat Agresif
Pilhan AndaMudah, Harga Berbaloi & TenangTerbaik: Bersama KomunitiMurah: Berhati-hati Memilih
* Berdasarkan pemerhatian harga jualan pasaran di Malaysia pada tahun 2026.
** Merujuk kepada tawaran untuk anda memilih sendiri haiwan (bukan jenis; unta/lembu/kambing etc.) untuk diqurbankan.
*** Purata jumlah haiwan diuruskan oleh kebanyakan perkhidmatan Qurban luar negara merujuk laporan di laman web.

Jaminan Baqara

Jika Bukti Tiada,
Wang anda Dipulangkan.

Di Baqara, kami faham bahawa ibadah qurban bukan sekadar urusan tempahan. Ia adalah amanah. Setiap tempahan akan disokong dengan Laporan Pelaksanaan Digital melalui portal pelanggan. Laporan ini disediakan supaya peserta boleh menyemak status, maklumat tempahan dan bukti pelaksanaan secara lebih telus.

Jaminan Laporan Pelaksanaan

Baqara menjamin bahawa laporan pelaksanaan akan disediakan melalui platform digital rasmi Baqara. Laporan ini akan memaparkan maklumat tempahan, maklumat peserta, maklumat haiwan sembelihan, lokasi pelaksanaan dan bukti visual pelaksanaan*.

Jaminan Wang Dikembalikan

Sekiranya Baqara gagal menyediakan bukti pelaksanaan yang sah, atau laporan gagal menunjukkan kaitan munasabah antara tempahan pelanggan dan pelaksanaan ibadah, pelanggan layak membuat tuntutan pemulangan wang tempahan*. 

*Tertakluk kepada terma & syarat serta polisi perkhidmatan syarikat baqara agro sdn. bhd. Untuk maklumat lanjut, hubungi pegawai perkhidmatan Baqara.
baqara-portalsnap

Slot terhad. Jom daftar sekarang.

3 Minit untuk daftar

Tak perlu hadir ke mana-mana.

2

Daftar

3 minit untuk daftar melalui :

Borang Web >>
Whatsapp >>

3

Bayar

Bayar melalui: Pindahan Bank / Online FPX / Kad Debit /Kad Kredit &  e-wallet*. Baqara juga menyediakan Skim Bayaran Ansuran melalui Atome / Spay**

4

Portal

Pautan portal memberikan akses status tempahan, sijil & resit digital, maklumat agihan & pelaksanaan serta video pelaksanaan.

Bayaran digital Online FPX, Kad Debit & Kredit serta e-wallet melalui gerbang bayaran pihak ketiga yang diluluskan BNM (Bank Negara Malaysia). Bergantung kepada ketersediaan servis.
** Skim Bayaran Ansuran tertakluk kepada tempoh tempahan dibuat serta ketersediaan servis dari Baqara Sdn. Bhd.

Borang Tempahan Sesi 2026

Tarikh Tutup : 26 May 2026

Bayaran Pindahan Bank sahaja.

Maaf. Kami hanya menerima bayaran melalui pindahan bank untuk sementara waktu kerana gangguan perkhidmatan. 


Harap Maaf. Tempahan untuk sesi 2026 telah ditutup.

FAQ

Soalan lazim peserta Baqara